Penarik Rezeki

12:55 am

Harini nk kongsi sikit pasal penarik rezeki. Aku sendiri amalkan benda ni n Alhamdulillah rezeki tu melimpah ruah. Hari2 ada je rezeki dalam pelbagai bentuk tapi kena rajin la ye.. Kalau malas xjadi la.. hihi


Korang kena ingat, rezeki ni bukan datang dalam bentuk duit je.. Konsep rezeki sangat la luas.. Contoh dia mcm urusan korang dipermudahkan or tiba2 korang teringin mkn sesuatu tahu2 je ada orang bg korang benda yg korang teringin sangat tu n paling best ada je orang belanja. Dikurniakan jodoh n family yg baik jugak adalah rezeki ye.. Kesihatan yg baik n anak2 jugak tergolong dalam rezeki.. Nampak tak betapa luasnya rezeki Allah..


Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis




Meh aku kongsi apa yg aku dapat bila aku amalkan ayat ni.. Aku start amalkan ayat ni dari tahun lepas.. Hari2 aku akan baca pagi2 time nk pergi kerja.. Baca pulak ulang2 ye bukan sekali je.. Masa dalam kereta tengah hadap jem, haa time tu la aku dok baca ayat ni.. Masa mula2 tu aku xnampak sangat kesan dia tapi lama2 baru aku dapat rasa.. Aku rasa tugas harian kt tempat kerja semua dipermudahkan.. Kalau ada masalah pun senang je settle..


Ada tu aku ingat lagi, tekak ni teringin nk makan kek tahu2 esok tu ada birthday staff department lain n dorang kasi la aku kek sikit.. Kadang aku tengah buat kerja ada je orang bg makanan kt aku mcm kuih, nasi lemak, jajan laa.. Kadang orang belanja aku pizza hut, kfc, nandos, secret recipe. Eh senang citer memang murah la rezeki😂


Haaa yg ni aku tahu korang mesti suka.. Lepas aku amalkan kesekian lamanya, rezeki aku dekat tempat kerja murah tau.. Mana tak nya, gaji naik wooo.. Alhamdulillah memang syukur nikmat la.. Sebab aku tahu bukan senang untuk position yang aku pegang ni naik gaji plus dengan keadaan company yang tengah struggle untuk naikkan sales masa tu.. huhuhuhu


Haa ni nk pesan ni, bila rezeki dah murah tu jangan lak kedekut plak.. Ringan kan tangan untuk sedekah supaya bertambah jugak la bekalan kita kt sana nnt disamping bertambah2 rezeki tuu.. Ini just perkongsian ye, mana2 yang rasa hari2 korang selalu stress tu.. Boleh la amalkan mana tahu urusan dipermudahkan oleh Allah.. Tapi lain orang lain la rezeki dia.. Jangan pulak korang nnti dah amalkan tapi cakap xsama dengan aku.. Rezeki semua ketentuan Ilahi.. Kita usahakan sahaja. Korang jangan expect nk naik gaji kalau da kerja pun malas n banyak curi tulang.. Ops ! 😝





You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images