Penarik Rezeki

12:55 am

Harini nk kongsi sikit pasal penarik rezeki. Aku sendiri amalkan benda ni n Alhamdulillah rezeki tu melimpah ruah. Hari2 ada je rezeki dalam pelbagai bentuk tapi kena rajin la ye.. Kalau malas xjadi la.. hihi


Korang kena ingat, rezeki ni bukan datang dalam bentuk duit je.. Konsep rezeki sangat la luas.. Contoh dia mcm urusan korang dipermudahkan or tiba2 korang teringin mkn sesuatu tahu2 je ada orang bg korang benda yg korang teringin sangat tu n paling best ada je orang belanja. Dikurniakan jodoh n family yg baik jugak adalah rezeki ye.. Kesihatan yg baik n anak2 jugak tergolong dalam rezeki.. Nampak tak betapa luasnya rezeki Allah..


Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis




Meh aku kongsi apa yg aku dapat bila aku amalkan ayat ni.. Aku start amalkan ayat ni dari tahun lepas.. Hari2 aku akan baca pagi2 time nk pergi kerja.. Baca pulak ulang2 ye bukan sekali je.. Masa dalam kereta tengah hadap jem, haa time tu la aku dok baca ayat ni.. Masa mula2 tu aku xnampak sangat kesan dia tapi lama2 baru aku dapat rasa.. Aku rasa tugas harian kt tempat kerja semua dipermudahkan.. Kalau ada masalah pun senang je settle..


Ada tu aku ingat lagi, tekak ni teringin nk makan kek tahu2 esok tu ada birthday staff department lain n dorang kasi la aku kek sikit.. Kadang aku tengah buat kerja ada je orang bg makanan kt aku mcm kuih, nasi lemak, jajan laa.. Kadang orang belanja aku pizza hut, kfc, nandos, secret recipe. Eh senang citer memang murah la rezeki😂


Haaa yg ni aku tahu korang mesti suka.. Lepas aku amalkan kesekian lamanya, rezeki aku dekat tempat kerja murah tau.. Mana tak nya, gaji naik wooo.. Alhamdulillah memang syukur nikmat la.. Sebab aku tahu bukan senang untuk position yang aku pegang ni naik gaji plus dengan keadaan company yang tengah struggle untuk naikkan sales masa tu.. huhuhuhu


Haa ni nk pesan ni, bila rezeki dah murah tu jangan lak kedekut plak.. Ringan kan tangan untuk sedekah supaya bertambah jugak la bekalan kita kt sana nnt disamping bertambah2 rezeki tuu.. Ini just perkongsian ye, mana2 yang rasa hari2 korang selalu stress tu.. Boleh la amalkan mana tahu urusan dipermudahkan oleh Allah.. Tapi lain orang lain la rezeki dia.. Jangan pulak korang nnti dah amalkan tapi cakap xsama dengan aku.. Rezeki semua ketentuan Ilahi.. Kita usahakan sahaja. Korang jangan expect nk naik gaji kalau da kerja pun malas n banyak curi tulang.. Ops ! 😝





Peta Malaysia

7:30 pm



Okey, siapa kt sini fail bab peta Malaysia??? Haaa ni comfirm2 time cikgu Sejarah masuk ko tidur kt belakang kannnn ker cikgu masuk pintu depan ko keluar pintu belakang?? hahahha

Jenis aku kalau orang sembang negeri ni kt mana negeri tu kt mana, negeri tu belah atas negeri ni belah bawah ker memang aku diam terus.. Sebab apa? sebab aku memang tak ingat langsung peta Malaysia ni.. Aku punya memori memang OUT !! hahaha

Tapi sekarang timbul da rasa insaf so aku tepek kt sini peta Malaysia.. Apa guna ko jadi rakyat Malaysia kalau xtahu peta oii.. Siapa yang berangan nk masuk Clever Girl tu meh hadam dulu peta ni.. Kang tetibe keluar soalan peta, mana laaa tahu kannn.. Ye dok




Moga2 bermanfaat lah ye.. Bagi adik2 yg tengah buat homework Sejarah tu boleh la sambil2 tu tengok jugak peta ni ye😊








Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images