Braces

8:41 pm

Okey, hi.. Berasa sangat terpanggil untuk cerita pasal braces ni sebab lately orang sekeliling ramai sangat pakai braces =.= Actually aku pun da lama jugak nak pakai braces tapi tak dapat restu parents.. So how?? sama2 la kita nantikan dapat ker tak aku pakai..




Jenis braces
Braces ni banyak jenis ye guys tapi yang aku tahu paling famous dekat Malaysia is tradisional braces dan self ligating braces.






Tradisional Braces/ Metal Braces
For those yang umur 20y/o below (if not mistaken) kebiasaannya akan pakai tradisional braces.. Korang tahu ker tradisional braces ni? Bagi yang xtahu tu meh aku kongsi sikit.. Sikit jela yang boleh pun sebab aku bukan doctor 😂 Tradisional braces ni kalau korang biasa nampak yang ada getah warna warni tu.. Ok, getah ni la yang tolong hold wire dekat gigi n gerakkan gigi korang.. Kos dia lagi murah dari self-ligating braces dan friction dia lagi besar so korang mungkin akan rasa sakit lebih sikit dari self-ligating but depend on individu jugak.. Ada orang sakit n ada orang tak sakit. Bagi minor kes, extraction mungkin tak diperlukan tapi kalau gigi crowded sangat tu terpaksa la cabut untuk bagi ruang gigi bergerak.






Self-Ligating
Bagi yang sudah bekerja and ada income lebih sikit boleh la try pakai self ligating braces. The advantages for those yang pakai self ligating ialah friction yang braces ni apply pada gigi is low so gigi korang akan gerak freely tanpa paksaan dan kurang kesakitan .. Freely tu bukan maksud dia gigi korang gerak ikot sukahati dia ke mana2 eh.. haaa jangan2.. kejap lg ada pulak gigi hilang entah kemana.. Pergi shopping mungkin.. ok xkelakar 😔 Tempoh pakai pun lebih cepat dari metal braces so kalau korang ada plan nk kahwin or ada big event boleh la runding dengan doctor.. Self ligating ni juga boleh selamatkan gigi korang dari dicabut bg sesetengah kes.. wow sangat kannnn..


Procces pasang braces


☘Survey
First thing first ialah survey orthodontic clinic nearby your area. Kalau duduk KL tu buat jela dekat sana tak payah la ko pergi buat dekat kampung ko nun di sana. Lain la kampung ko belakang rumah ja.. haha.. Bukan apa, kalau bracket ko tercabut nanti tak ada la kena drive sejam dua semata2 nk pergi pasang balik.. Yang senang jadi susah pulak.. Semata2 nk braces murah n save kos ko pasang dekat luar bandar.. Kalau pikir2 balik save ker ko nk pergi appointment jauh2 mcm tu dgn penat lg ye dok.. Survey klinik ni bukan setakat nk tanya kos dan dapatkan consultation je tau.. Masa ni ambil peluang tengok doctor tu ok  ker x.. Korang selesa tak dgn dia.. Time ni kalau korang rasa dah jumpa the right one, boleh la proceed to next step.




☘ Moulding
Process ni kita main tanah liat ye.. Well basically bukan kita yg main but kita la mangsanya.. hahaha.. Doktor akan mix some ingredient untuk dapatkan mould gigi so dia boleh study lebih lg pasal kedudukan gigi korang n cek betul ker perlukan extraction atau tak.. Mould ni juga akan digunakan untuk tengok pergerakan gigi korang dalam following appointment.






☘Xray
Xray ni kena tengok pada klinik jugak.. Ada yg memerlukan kita buat xray dekat luar n ada jugak boleh buat xray di klinik yg sama itu pun kalau klinik korang buat tu ada mesin xray la. Doktor perlukan xray film/cd ni utk study gigi n gusi..






☘Scaling and Braces
Process pasang braces ni dalam 1jam jugak bergantung pada kemahiran doctor n struktur gigi korang.. Mula2 doctor cuci gigi dari segala plaque (tahi gigi) tujuan dia supaya permudahkan gigi bergerak selepas pasang braces.. Lepas scalling, doktor akan teruskan proses untuk pasang bracket dekat gigi korang tapi tengok jugak kalau nk pasang bracket dalam next appointment pun boleh sebab ni bergantung pada perbincang antara korang n doktor tu sendiri.



☘Extraction
Okey untuk extraction, ada doktor akan cabut gigi sebelum pakai braces n ada doktor prefer cabut gigi selepas korang dah pakai braces sebab masa tu gigi korang dah start bergerak so mudah sikit proses cabutan.. Ni bergantung pada perbincangan korang n doktor yee. Apa-apa pun, penting untuk berbincang dengan doktor korang which is the best solution for your condition.. Macam aku pun ada je survey klinik for braces tapi sebab busy sangat tak dan la nk survey banyak2.. Sempat survey dua klinik je haritu n yang lain dapat call je untuk tanya range harga.. huhuhu














Penarik Rezeki

12:55 am

Harini nk kongsi sikit pasal penarik rezeki. Aku sendiri amalkan benda ni n Alhamdulillah rezeki tu melimpah ruah. Hari2 ada je rezeki dalam pelbagai bentuk tapi kena rajin la ye.. Kalau malas xjadi la.. hihi


Korang kena ingat, rezeki ni bukan datang dalam bentuk duit je.. Konsep rezeki sangat la luas.. Contoh dia mcm urusan korang dipermudahkan or tiba2 korang teringin mkn sesuatu tahu2 je ada orang bg korang benda yg korang teringin sangat tu n paling best ada je orang belanja. Dikurniakan jodoh n family yg baik jugak adalah rezeki ye.. Kesihatan yg baik n anak2 jugak tergolong dalam rezeki.. Nampak tak betapa luasnya rezeki Allah..


Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis




Meh aku kongsi apa yg aku dapat bila aku amalkan ayat ni.. Aku start amalkan ayat ni dari tahun lepas.. Hari2 aku akan baca pagi2 time nk pergi kerja.. Baca pulak ulang2 ye bukan sekali je.. Masa dalam kereta tengah hadap jem, haa time tu la aku dok baca ayat ni.. Masa mula2 tu aku xnampak sangat kesan dia tapi lama2 baru aku dapat rasa.. Aku rasa tugas harian kt tempat kerja semua dipermudahkan.. Kalau ada masalah pun senang je settle..


Ada tu aku ingat lagi, tekak ni teringin nk makan kek tahu2 esok tu ada birthday staff department lain n dorang kasi la aku kek sikit.. Kadang aku tengah buat kerja ada je orang bg makanan kt aku mcm kuih, nasi lemak, jajan laa.. Kadang orang belanja aku pizza hut, kfc, nandos, secret recipe. Eh senang citer memang murah la rezeki😂


Haaa yg ni aku tahu korang mesti suka.. Lepas aku amalkan kesekian lamanya, rezeki aku dekat tempat kerja murah tau.. Mana tak nya, gaji naik wooo.. Alhamdulillah memang syukur nikmat la.. Sebab aku tahu bukan senang untuk position yang aku pegang ni naik gaji plus dengan keadaan company yang tengah struggle untuk naikkan sales masa tu.. huhuhuhu


Haa ni nk pesan ni, bila rezeki dah murah tu jangan lak kedekut plak.. Ringan kan tangan untuk sedekah supaya bertambah jugak la bekalan kita kt sana nnt disamping bertambah2 rezeki tuu.. Ini just perkongsian ye, mana2 yang rasa hari2 korang selalu stress tu.. Boleh la amalkan mana tahu urusan dipermudahkan oleh Allah.. Tapi lain orang lain la rezeki dia.. Jangan pulak korang nnti dah amalkan tapi cakap xsama dengan aku.. Rezeki semua ketentuan Ilahi.. Kita usahakan sahaja. Korang jangan expect nk naik gaji kalau da kerja pun malas n banyak curi tulang.. Ops ! 😝





Peta Malaysia

7:30 pm



Okey, siapa kt sini fail bab peta Malaysia??? Haaa ni comfirm2 time cikgu Sejarah masuk ko tidur kt belakang kannnn ker cikgu masuk pintu depan ko keluar pintu belakang?? hahahha

Jenis aku kalau orang sembang negeri ni kt mana negeri tu kt mana, negeri tu belah atas negeri ni belah bawah ker memang aku diam terus.. Sebab apa? sebab aku memang tak ingat langsung peta Malaysia ni.. Aku punya memori memang OUT !! hahaha

Tapi sekarang timbul da rasa insaf so aku tepek kt sini peta Malaysia.. Apa guna ko jadi rakyat Malaysia kalau xtahu peta oii.. Siapa yang berangan nk masuk Clever Girl tu meh hadam dulu peta ni.. Kang tetibe keluar soalan peta, mana laaa tahu kannn.. Ye dok




Moga2 bermanfaat lah ye.. Bagi adik2 yg tengah buat homework Sejarah tu boleh la sambil2 tu tengok jugak peta ni ye😊








Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images